Rancangan Harian

RANCANGAN HARIAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
                                                                
Mata Pelajaran            :          Bahasa Melayu
Tahun                          :          6 Intelek
Tema                           :          Alam Sekitar
Tajuk                           :          Pencemaran Udara
Tarikh                          :          05.04.2012
Masa                           :          60 minit
Bilangan murid            :          30 orang
Objektif pengajaran dan pembelajaran:
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:  
i.              menyatakan tentang pengalaman mereka melihat berlakunya pencemaran udara ini secara lisan.
ii.             membaca dan menyatakan 5 isi penting secara lisan mengenai pencemaran udara yang berlaku .
iii.            menulis karangan pendek mengenai gejala pencemaran dengan menggunakan ayat majmuk yang betul.
Hasil Pembelajaran:
1.1 Berbual tentang sesuatu perkara berkaitan kehidupan seharian dengan
Menggunakan kata, ungkapan, ayat, sebutan, intonasi dan nada yang
sesuai.
Aras 1 (i) berbual tentang sesuatu perkara yang dialami dan didengar  menggunakan bahasa yang sesuai.
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami petikan yang dibaca.
Aras 2 (i) membaca pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan
pada intonasi berdasarkan tanda baca.
8.2 Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Aras 3 (i) menyediakan perenggan dengan mengguna ayat
Kemahiran Bahasa : Kemahiran bertutur, menulis dan mendengar.
Sistem Bahasa : Sistem ejaan, ayat tunggal dan ayat majmuk, sebutan
dan intonasi.
Ilmu : Bahasa Melayu, Alam sekitar
Nilai : Kebersihan, menghayati, menghormati dan
menghargai.
Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
  • Kemahiran Berfikir : Membuat perbezaan, membuat inferens, dan
kemahiran mengkategori.
  • Kemahiran Belajar : Menerima maklumat, memproses dan melaporkan.
  • Kecerdasan Pelbagai : Kinestetik, intrapersonal, interpersonal, naturalis dan
emosi.
Pengetahuan Sedia Ada : Murid dapat menceritakan pengetahuan dan
pengalaman mereka mengenai gejala pencemaran alam sekitar dengan cara berdialog dan membina ayat dengan menggunakan ayat mudah.
BBM : Power point, gambar tayang bergerak,buku latihan, kad manila dan alat tulis.

ISI PELAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
Murid
ditayangkan
power point yang
berkaitan dengan
jenis-jenis
pencemaran.
Guru bersoal jawab
dengan murid berkaitan dengan
Pencemaran
Udara
SET INDUKSI (5 MINIT)
i) murid diminta untuk melihat paparan power point dan menghayatinya.
ii) murid diminta untuk membezakan jenis-jenis
pencemaran dan menyatakan
pengalaman mereka sendiri.
iii) guru menjelaskan tujuan aktiviti dan tajuk pengajaran yang akan diajari pada hari itu.
KB : menghubungkait,
Inferens
BCB: menonton dengan
Aktif
BBM : power point
           Gambar tayang 
           bergerak
Perbincangan kumpulan. Mencari isi penting tentang pencemaran udara.
LANGKAH 1 (15 MINIT)
i) murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
ii) murid diminta untuk berada dalam kumpulan dan membuat perbincangan tentang pencemaran udara.
iii) Murid menulis kerangka karangan yang dibincangkan atas kad manila.
iv) guru menanyakan soalan yang
berkaitan dengan tajuk untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid.
KB : menghubungkaitkan,
menjana idea
BCB : memproses
maklumat dan melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik,
Kemahiran intrapersonal dan interpersonal
Nilai : kerjasama, hormat menghormati
Murid membentangkan hasil perbincangan.
LANGKAH 2 (15 MINIT)
i) wakil  kumpulan  membentangkan hasil perbincangan kumpulan masing-masing.
BCB : melaporkan
maklumat.
KP : verbal linguistik, interpersonal
Guru memberi
latihan kepada
murid-murid.
Aktiviti
Pengayaan:
Menulis karangan
pendek
berdasarkan
tajuk yang diberi.
Aktiviti
Pemulihan:
Menyudahkan
petikan yang
diberikan dengan
mengisi tempat
kosong.
LANGKAH 3 (20 MINIT)
i) guru terlebih dahulu menanyakan kepada murid sekiranya mereka masih tidak memahami tajuk pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
ii) guru memberi latihan kepada murid iaitu menulis karangan pendek lebih kurang 80 patah perkataan mengenai pencemaran udara dengan mengambil isi-isi penting dari kerangka karangan yang telah disediakan.
iii) guru membimbing kumpulan murid yang memerlukan pemulihan dengan menyediakan latihan yang perlu dilengkapkan dengan mengisi tempat kosong.
KB : menjana idea,
menghubungkaitkan,
membuat inferens.
BCB : mengumpul,
memproses, mencatat dan
melaporkan maklumat.
KP :
intrapersonal;interpersonal,
visual, verbal-linguistik.
Nilai : bekerjasama,
menghargai,
BBM : petikan pencemaran udara, kertas latihan.
Guru membuat
rumusan
mengenai
pengajaran yang
telah diajar dan
menanyakan
soalan kepada
murid tentang apa
yang mereka
telah pelajari.
Guru juga
menanyakan nilai-nilai
murni yang
terdapat semasa
sesi pengajaran
dan
pembelajaran.
PENUTUP (5 MINIT)
i) murid digalakkan supaya mengumpul maklumat tambahan daripada bahan-bahan
yang lain bagi menambahkan
pengetahuan mereka.
ii) murid juga menyatakan nilai-nilai murni yang telah dipelajari pada hari tersebut.
Nilai-nilai murni :
-Menghargai
-Bersyukur
-Menghormati
-bekerjasama

LAMPIRAN
Go to fullsize image     Go to fullsize image   Go to fullsize image   Go to fullsize image
Go to fullsize image   Go to fullsize image  Go to fullsize image  Go to fullsize image  Go to fullsize image  Go to fullsize image  Go to fullsize image     Go to fullsize image  Go to fullsize imageGo to fullsize image

No comments:

Post a Comment